Pages

Saturday, August 14, 2010

Islam: Hijab Muslimah

Saya mengarang artikel ini atas permintaan seorang sahabat. Artikel tentang hijab. Saya kadang-kadang sampai mengerutkan dahi. Bingung. Masih ada yang kurang peka tentang isu sebegini. Hijab itu bererti tabir, tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi iaitu lelaki asing. Lelaki yang bukan mahram kita. Itu hijab.

Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan. Muslimah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya daripada muslim, tetapi lebih banyak di dalam perselindungan. Biar saya berikan satu ayat yang mungkin boleh diguna pakai.

"Muslimah perlu menjadi khazanah yang tersorok yang mesti dicari oleh muslim yang sesuai dan padan."

Saya juga kurang yakin dari mana dapatnya ayat ini. Mungkin dari hasil bacaan atau rujukan. Tetapi yang jelas, ini pegangan hidup saya walaupun saya kadangkala tidaklah berapa berselindung. Wanita-wanita yang beriman itu wajib memelihara hijab mereka, seperti yang dinyatakan dalam surah al-Ahzab ayat ke-59.

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mereka dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya (sejenis baju yang dapat menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Maksud 'tidak dikenali' hanya akan dapat dicapai dengan memakai pakaian yang dipanggil jilbab atau lebih tepat tudung. Sesetengah ulama seperti Ibn Abbas, Mujahid, Ata Ibn Umar, Anas, ad-Dahhak dan lain-lain, mengatakan bahawa hijab muslimah yang dikecualikan itu ialah muka dan dua tapak tangan, termasuk cincin, inai, celak dan seumpamanya yang dibuat perhiasan.

Pakaian wanita itu perlu memenuhi sifat-sifat yang berikut :
1. Menutup seluruh badan selain yang sudah dikecualikan, yakni wajah dan kedua telapak tangan.
2. Tidak ketat sehingga masih menampakkan bentuk tubuh yang ditutupinya.
3. Tidak tipis yang melihatkan warna kulit.
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna menjolok sampai menarik perhatian orang.
6. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
7. Dipakai bukan dengan maksud mempamerkannya.

Pada pendapat saya, muslimah hari ini menanggal dan meninggalkan tudung masing-masing atas dasar yang dipanggil kemodenisasian. Sekali lagi ideologi barat berhasil mempengaruhi pemikiran muslimah. Saya khuatir akan saudari seislam saya. Sudah tentu saya memerangi pemikiran seperti ini tetapi saya hanya manusia biasa yang tidak mampu menggerakkan hati manusia. Hanya Allah SWT yang mampu menggerakkan serta mengurniakan hidayah untuk kita.

Saya juga ingin menyelitkan sedikit tentang perintah MENJAGA PENGLIHATAN. Hal ini ditujukan kepada semua orang leleki dan wanita bahkan diri saya sendiri. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mata juga berzina di mana zina mata adalah termasuk melihat wanita yang bukan mahram dengan keghairahan. Ada tiga jenis mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka iaitu mata yang sentiasa tertutup dari segala larangan Allah, mata yang berjaga kerana mengawal sempadan negara Islam dan mata yang menangis kerana terlalu takutkan Allah.

"Dan janganlah kamu mendekati penzinaan sesungguhnya penzinaan itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." (Al-Israa 32)

Konteks ini terang-terangan menyatakan bahawa mendekati sahaja sudah dilarang lagikan jika dikerjakan. Oleh itu berbalik pada ayat yang saya nyatakan awal tadi, "Muslimah perlu menjadi khazanah yang tersorok yang mesti dicari oleh muslim yang sesuai dan padan." Seorang wanita itu lebih baik mengelakkan diri daripada mendapat perhatian ramai. Seorang wanita itu wajib menjaga hijabnya.

Akhir sekali, sahabat-sahabat saya yang diredhai Allah sekalian, ingin saya sampaikan pesanan ini sekali lagi sebagai pendorong anda semua. "Muslimah perlu menjadi khazanah yang tersorok yang mesti dicari oleh muslim yang sesuai dan padan."


6 comments:

  1. Allahu Allah..ramai kurang sedar hal ini..ditipu dengan nama busana Muslimah..pakai jubah pon,tapi xtutup aurat..strecth..Mintak Allah pelihara semua dari tipudaya Iblis..

    http://mohamadzahrawi.blogspot.com/2010/07/iindung-kepala-lindunghujan-di-udikdi.html

    ReplyDelete
  2. mpunyai isi yg pdat dn brmkna..mdah2an kta mnjadi muslimah yg solehah..insyAllah..aminn

    ReplyDelete
  3. nurina.. alahai ana sampai tak terkata.

    ana kagum dengan ukhti. sudahla cerpennya mantap, pengisiannya juga padat !

    thankz 4 sharing, ukhti..

    p/s: tlg doakan exam & ksihatan ana ya..Moga Allah tguhkn imanmu dlm mmprjuangkn islam..

    ReplyDelete
  4. @محمد زهراوي
    sekarang ini macam2 cara yang boleh memesongkan aqidah kita..
    mudah-mudahan dapat hindari
    insyaAllah
    =)

    ReplyDelete