Pages

Sunday, June 6, 2010

Cerpen: Kenapa Harus Dia?

Ha nie Fatini krgn bhgian C Nurina ari tue. Ceh..buh tjk bez cket. Dpt 39 mrkh jew. Nnt komen ar kat myspace. Ari tue cikgu hazany srh taip pas2 print tapi x smpt. Ada edit2 cket. Baca smpi abez taw.

Angin dingin malam menyapa lembut wajah Amir. Kicauan burung riang sudah hilang dari pendengaran. Gelak ketawa Izrul mematikan lamunan namun tidak Amir hiraukan. Amir hanya menikmati angin malam melalui jendela kamarnya. Betapa indahnya alam ciptaan Allah Azza Wajalla. Amir ingin sekali berfikir, tetapi mindanya sedang kucar-kacir.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ibu kepada Amir dan Izrul muncul. Rupa parasnya yang anggun sama sekali tidak menunjukkan keaslian umurnya. Puan Saleha menanyakan tentang tugasan sekolah mereka lalu beredar. “Ibu memang tak sayang kita, kan?,” rengek Izrul. Amir menatap wajah Izrul yang sedang berusaha mengukir sekuntum senyuman untuknya. Diusap-usap manja rambut adik lelakinya itu yang sedang menanti jawapan dari bibir Amir. “Iz, sambunglah baca komik,” ujarnya. Izrul yang kurang berpuas hati dengan jawapan abangnya hanya menuruti perintahnya.

Ibu Amir dan Izrul memang banyak berubah semenjak berkahwin dengan Pak Cik Osman. Amir menganggap perhatian ibunya sudah beralih secara total kepada Maria, anak mereka berdua. “Aku tidak boleh dengki dan cemburu!” sanubari Amir berbicara. Lantas Amir terkenang sabda Nabi Muhammad SAW, iaitu “Hasad dengki memakan kebaikan seperti api memakan kayu api.” Dipujuk matanya supaya lelap setelah merebahkan diri di atas katil.

Waktu terasa begitu pantas berlalu. Kini, perangai Amir sudah banyak berubah. Tingkahnya berlainan sekali. Dia tidak mahu lagi menerima nasihat guru-gurunya tentang pelajaran. Kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab iaitu “Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat” sudah lama dilupuskan dari diari kehidupannya. Amir sering datang lewat ke sekolah dan ponteng kelas.

“Amir! Kenapa kamu meniru dalam peperiksaan?!” bentak guru disiplinnya tatkala fikiran Amir sedang menerawang di dalam pejabat. Nasihat yang baginya leteran itu hanya dibiarkannya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Encik Rizman memetik sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” untuk meransang Amir tetapi nasihatnya begai mencurahkan air ke daun keladi.

Setelah keluar dari pejabat sekolah, Amir terlanggar seorang pemuda yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Bermula dari detik itu, kehidupan Amir bertambah kucar-kacir tatkala menyertai kongsi gelap. Rentetan senario, Amir telah dibuang sekolah. Perkara ini hanya disembunyikannya dari pengetahuan keluarga. Daripada meragut dan mencuri, kini Amir telah mendapat satu tugasan baru iaitu menghantar stok ke jeti. Pada dasarnya, Amir ragu-ragu untuk menerima tugasan tersebut tetapi mengingatkan kata-kata Iskandar Dzulkarnain iaitu “Tidak ada apa yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba,” Amir menerima misi barunya itu.

Melihat kepada keberanian Amir, ketua kongsi gel;ap tersebut telah mengerahkan Amir untuk melaksanakan pelbagai misi yang lebih mencabar. Amir berasa bangga kerana dia merupakan ikon signifikan keberanian.

Meskipun Amir baru berusia lima belas tahun, tetapi atas dasar kematangannya dia mampu menandingi ‘senior’ kongsi gelap. Amir hanya akan pulang ke rumah pada lewat malam seperti ibu bapanya yang sibuk bekerja malah mungkin tidak akan pulang langsung. Kendatipun begitu, dia tidak pernah dimarahi ibu dan ayah tirinya kerana Amir bijak merangka seribu macam alasan.

Senja kian merebut malam. Amir menendang batu-batu kecil sepanjang perjalanannya. Masih belum mahu pulang ke rumah. “Amir!” Bahunya ditepuk orang. “Kau tidak tahu beri salam?” bentak Amir. “Sejak bila kau jadi alim?” soal Shahrul. Amir mengeluarkan buku limanya dengan tujuan mengacah. “Bertenang Mir, ada misi untuk kau,” ujar Shahrul lalu menerangkan tugasan yang dikerahkan untuk anak muda itu. Kali ini Amir ditugaskan meragut seorang wanita yang sering lalu-lalang di kawasan bank. Mereka telah menyiasat identity wanita ini dan didapati dia merupakan dari golongan yang berada. Amir telah diberitahu lokasi dan segala informasi terperinci tentangnya.

Amir menuju ke lokasi yang ditetapkan. sanubarinya begitu yakin akan kejayannya meragut wanita tersebut. Amir menunggang laju motosikalnya. “Aneh, kenapa kali ini aku ditugaskan seorang sahaja?” persoalan tersebut bermain di benaknya. Angin yang menentang arah tidak sama sekali diendahkannya. Dia meredah kedinginan malam. Sasarannya sudah kelihatan. Jantungnya berdesir. Ada setitis embun dingin menitis di kalbunya. Semakin dekat. Debaran juga makin terasa.

~I’m sitting here in a boring room. It’s just another rainy Sunday afternoon. I’m wasting my time I got nothing to do.~

Telefon bimbitnya berbunyi. Nada dering tersebut mengganggu konsentrasinya. Namun, dia terpaksa akur. Ternyata, ibunya yang menelefon. “Amir di mana, nak?” “Rumah kawan, sekejap lagi Amir baliklah!” bentaknya. “Ibu baru dapat gaji bulan ini, balik cepat ya.” Amir mematikan talian.

Kini sasarannya benar-benar di hadapannya. “Peluang emas!” bisik hati kecilnya. Nawaitu materialistiknya menyebabkan Amir pantas meragut tas tangan wanita tersebut. “ Yes!” sorak Amir. Kereta yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan telah melanggar wanita itu. “Ah, peduli apa aku!” meskipun hatinya mengingkari tetapi matanya melirik sekilas melihat mangsa ragutnya. raut wajah yang samara-samar itu seperti dikenalinya. Tidak salah lagi, senario yang berlaku sebentar tadi melibatkan ibunya.

Air mata kelelakian Amir berderai jatuh ke pipi. Didakapnya tubuh lemah yang terbaring di atas jalan. Tanpa sempat ibunya berkata apa-apa Amir segera menjelaskan segala-galanya kepada ibunya termasuklah persekolahannya yang terbantut sejak enam bulan yang lalu. Kata-kata Hamka menerawang masuk ke fikirannya iaitu “Katakanlah yang benar walaupun pahit.” Ibu Amir menitiskan air mata kesesalan. Dia terlalu sibuk dengan keluarga barunya hingga mengabaikan Amir dan Izrul. “Amir janji dengan ibu, dengar cakap Pak Cik, sambung belajar, belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya...” kata-kata itu terputus. Puan Saleha menghembuskan nafasnya yang terakhir. “Ibu!!!!!!!!!!!” Amir menjerit. Namun jeritannya itu tidak mampu memutarkan kembali masa. Ibunya sudah pergi. Pergi yang tidak mungkin akan kembali. “Ya Allah, kenapa harus dia??” Hatinya penuh sesalan. Amir ingin membuat anjakan paradigma. Amir berjanji untuk menunaikan permintaan terakhir ibunya supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara.

4 comments:

  1. awt buh nma fatini lak ni??
    aduhh
    buh la nma corn ka x pun fat
    bg owang x taw
    hehehe

    ReplyDelete
  2. sume cerpen yg dtlis ni best2 ...
    sukaa larl .. =)

    ReplyDelete