Pages

Wednesday, June 23, 2010

Islam: Asal Usul Perkataan "Caterpillar"

(Entry santai) Ha, nak tahu x asal usul perkataan caterpillar? Credits to Cikgu Kamaruddin yg ajar tuisyen dulu. Dia yg cerita. Alkisahnya, ada lar beberapa org mat saleh nie buat lawatan ke Kulim, Kedah. Dorang nie begitu kagum dgn benda2 serta binatang2 yg blum pernah dijumpai di negara mereka. Pendek kta semua yg mat2 saleh nie jumpa mesti nak tanya nama binatang2 tuh kpd rakyat Kedah yg jdi pemandu pelancong dorang.

Tiba2 salah satu drpd mereka jumpa ulat beluncas.
Mat saleh : What is this?
Orang Kedah : Kata pi la.
Mat saleh : Ooh..caterpillar..

Disebabkan dorang x faham maksud kta2 org kedah tersebut maka timbullah perkataan caterpillar.

Sunday, June 20, 2010

Contest: One Day I Will Rock The World!

Why? Don't believe the statement. Believe it or not. Well actually it is just a contest from those pretty girls at One Day at A Time. Click the link for more information. The closing date of this fantastic contest is at 30th of June. Hurry! I'm asking you to participate it! Really! This is your chance to share your spectacular dreams with everyone! Well actually only the people who read your blog. But never mine. Try your best my fellow friends. I hope I already fulfill the terms and conditions. Hehehe. Guys, try to look at this adorable boy. Imagine he will grow up into a handsome doctor or engineer. Hehehe~


Blog Badge


Okay, why I said I will rock the world? Well surely cause I will be famous one day. (Only one day..) Just joking. My vision is to be a famous and kaboom writer such as Datuk A. Samad Said. I really..really admire him. I mean his books. Everything is written by his pure heart and hands. Until now, I'm still wondering how he eats. Okay, everybody has really high dreams and I am one of you. I want to be famous because I want my lovely mom to see me in camera and I can finally say "Hi Mom! I'm in TV!". Haha! I just want her to be proud of her daughter. And I want everybody who knows me really amazed by my future books that will be published soon. Haha! Daydreaming.. Also I intend to be a millionaire. Wow.. Is it for real? Well of course everyone. I want to be like Bill Gates. Although he is the second in rank now, why should I give up?
Imagine me in that pose. Okay, this man totally rocks the world. Who doesn't know him? I bet you are living in a cave with the Flintstone. No offense. How I'm going to be a millionaire to rock the world? I'm dreaming that I will not use any of my incoming money and just save in my account. Is it enough? Well, I'll try.

Another mission to rock the world. By adventure. If I'm lucky, I will found an island which nobody ever know bout it. I will surely conquer the island! Hahaha! So greedy me. The reporters will surely snap my pictures and if I'm lucky, I will grab the news front headline. "An extraordinary person who first found a haunted island" Erm.. Never mine. I'll continue with my other ways to become famous.

Hrm..quite difficult to become famous. What if I buy a private helicopter. I mean the most expensive one. Why helicopter? Cause I'm in love with it. Just imagine going on the air with many fans following from behind. Err...Well please get rid of the man in the figure. Imagine me there. Haha! Please don't laugh at me.
What if I be a politician. Nooo... Married to Sultan? Never... Thinking.. Conquer Malaysia? Hrm.. Conquer Scotland, my birth place? Wait a minute, if I conquer scotland, I'll bring my mom and dad there to be the next queen and king. Okay, bad idea.. Or maybe I just be myself. Who knows I'll be popular cause who I am?

After tired squeezing my brain for those cute judges, I think I'll stop here. But my mission to rock the world will never ends. Well you can take my signature early if you want to. Haha! Maybe one day I will rock the world with the title Miss Daydreaming. Haha!

Monday, June 14, 2010

Award: Top Blogger Award


Award! Award! Firstly thanx kpd Cik Alia Laila sbb bagi Writer award nih! Syg awak! Tapi kalau nak award nih kena lar jwb tag nie dulu...

1. Apakah nama blog anda dan kenapakah anda memilih nama itu?
From Scotland to Kulim... kenapa? Sebab blog nie menceritakan tentang hidup Writer. Nak buat dramatik sikit lar. Nama blog nie mengaitkan 2 daerah yg meskipun berbeza negara tetapi Kulim berjaya mendapat tmpt di hati Writer. Lagipown x lama lagi Kulim msti jadi bandar yg maju! Insya allah...

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://ina-zetty.blogspot.com... Writer namakannya cam 2 sbb msa awal2 bukak blog nie Writer gna nama tu sbgi nma pggln kat blog nie..

3. Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Bahasa rojak. Walaupown btul2 x wajar tapi insya allah satu ari nnt Writer akan improve. haha~

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
X pernah dan x terlintas langsung di fikiran sbb Writer syg sgt blog nie ketat2!

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka?
Pernah tapi Writer cpt2 suh dowang tutup. huhu~

6. Apa perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa blog anda ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?
Biasa jew sbb mmg blog nie x lawa pown...huhu~

7. Bilakah anda mula mempunyai blog?
Bulan April 2009.

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?
Cikgu ICT sbb dia yg ajar.

9. Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah?
Fuh! Mestilah bangga giler..tapi x prnh terjadi pown..blog nie Writer x hebohkan sgt kat kengkawan..

10. 10 orang seterusnya untuk di-tag.
Kejap...nanti Writer update..nak blogwalking dulu...

Thursday, June 10, 2010

Award: Creative Blogger Award



Alhamdulillah, anugerah ini daripada XPERT XCELENT. Terima kasih! Kreatifkah saya? Haha. Mungkin. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang award ini, anda bolehlah mengunjungi blog XPERT XCELENT

Sebenarnya award ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Makna yang begitu mendalam. Ha, pensil kuning yang besar itu bermaksud penulis blog menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog masing-masing dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan. Ya, saya memang mengambil berat tentang blog ni sebab terlalu menyayanginya. Gambar yang bergerak tidak berhenti dari tadi menunjukkan bahawa award ni hanya diforwardkan kepada blogger yang betul-betul layak menerimanya. 

Logo bulat yang berkelip-kelip sebenarnya manusia yang berkepalakan monitor komputer. Kreatif kan pencipta award ini? Maknanya blogger tersebut berjaya membawa dunia maya ke alam globalisasi. Wah, besar maksudnya.

Jadi, award ini akan saya forwardkan kepada blogger yang betul-betul layak menerimanya sahaja. Tahniah untuk bakal penerima award yang saya senaraikan di bawah ini: 

1.http://rizlavender.blogspot.com/
2.http://justkina14.blogspot.com/
3.http://xsphire.blogspot.com/
4.http://alialailaextrovertperson.blogspot.com/
5.http://akucontengkaubaca.blogspot.com/

Harap-harap boleh tinggalkan komentar atau cadangan supaya saya menjadi lebih kreatif.

Sunday, June 6, 2010

Cerpen: Kenapa Harus Dia?

Ha nie Fatini krgn bhgian C Nurina ari tue. Ceh..buh tjk bez cket. Dpt 39 mrkh jew. Nnt komen ar kat myspace. Ari tue cikgu hazany srh taip pas2 print tapi x smpt. Ada edit2 cket. Baca smpi abez taw.

Angin dingin malam menyapa lembut wajah Amir. Kicauan burung riang sudah hilang dari pendengaran. Gelak ketawa Izrul mematikan lamunan namun tidak Amir hiraukan. Amir hanya menikmati angin malam melalui jendela kamarnya. Betapa indahnya alam ciptaan Allah Azza Wajalla. Amir ingin sekali berfikir, tetapi mindanya sedang kucar-kacir.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ibu kepada Amir dan Izrul muncul. Rupa parasnya yang anggun sama sekali tidak menunjukkan keaslian umurnya. Puan Saleha menanyakan tentang tugasan sekolah mereka lalu beredar. “Ibu memang tak sayang kita, kan?,” rengek Izrul. Amir menatap wajah Izrul yang sedang berusaha mengukir sekuntum senyuman untuknya. Diusap-usap manja rambut adik lelakinya itu yang sedang menanti jawapan dari bibir Amir. “Iz, sambunglah baca komik,” ujarnya. Izrul yang kurang berpuas hati dengan jawapan abangnya hanya menuruti perintahnya.

Ibu Amir dan Izrul memang banyak berubah semenjak berkahwin dengan Pak Cik Osman. Amir menganggap perhatian ibunya sudah beralih secara total kepada Maria, anak mereka berdua. “Aku tidak boleh dengki dan cemburu!” sanubari Amir berbicara. Lantas Amir terkenang sabda Nabi Muhammad SAW, iaitu “Hasad dengki memakan kebaikan seperti api memakan kayu api.” Dipujuk matanya supaya lelap setelah merebahkan diri di atas katil.

Waktu terasa begitu pantas berlalu. Kini, perangai Amir sudah banyak berubah. Tingkahnya berlainan sekali. Dia tidak mahu lagi menerima nasihat guru-gurunya tentang pelajaran. Kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab iaitu “Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat” sudah lama dilupuskan dari diari kehidupannya. Amir sering datang lewat ke sekolah dan ponteng kelas.

“Amir! Kenapa kamu meniru dalam peperiksaan?!” bentak guru disiplinnya tatkala fikiran Amir sedang menerawang di dalam pejabat. Nasihat yang baginya leteran itu hanya dibiarkannya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Encik Rizman memetik sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” untuk meransang Amir tetapi nasihatnya begai mencurahkan air ke daun keladi.

Setelah keluar dari pejabat sekolah, Amir terlanggar seorang pemuda yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Bermula dari detik itu, kehidupan Amir bertambah kucar-kacir tatkala menyertai kongsi gelap. Rentetan senario, Amir telah dibuang sekolah. Perkara ini hanya disembunyikannya dari pengetahuan keluarga. Daripada meragut dan mencuri, kini Amir telah mendapat satu tugasan baru iaitu menghantar stok ke jeti. Pada dasarnya, Amir ragu-ragu untuk menerima tugasan tersebut tetapi mengingatkan kata-kata Iskandar Dzulkarnain iaitu “Tidak ada apa yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba,” Amir menerima misi barunya itu.

Melihat kepada keberanian Amir, ketua kongsi gel;ap tersebut telah mengerahkan Amir untuk melaksanakan pelbagai misi yang lebih mencabar. Amir berasa bangga kerana dia merupakan ikon signifikan keberanian.

Meskipun Amir baru berusia lima belas tahun, tetapi atas dasar kematangannya dia mampu menandingi ‘senior’ kongsi gelap. Amir hanya akan pulang ke rumah pada lewat malam seperti ibu bapanya yang sibuk bekerja malah mungkin tidak akan pulang langsung. Kendatipun begitu, dia tidak pernah dimarahi ibu dan ayah tirinya kerana Amir bijak merangka seribu macam alasan.

Senja kian merebut malam. Amir menendang batu-batu kecil sepanjang perjalanannya. Masih belum mahu pulang ke rumah. “Amir!” Bahunya ditepuk orang. “Kau tidak tahu beri salam?” bentak Amir. “Sejak bila kau jadi alim?” soal Shahrul. Amir mengeluarkan buku limanya dengan tujuan mengacah. “Bertenang Mir, ada misi untuk kau,” ujar Shahrul lalu menerangkan tugasan yang dikerahkan untuk anak muda itu. Kali ini Amir ditugaskan meragut seorang wanita yang sering lalu-lalang di kawasan bank. Mereka telah menyiasat identity wanita ini dan didapati dia merupakan dari golongan yang berada. Amir telah diberitahu lokasi dan segala informasi terperinci tentangnya.

Amir menuju ke lokasi yang ditetapkan. sanubarinya begitu yakin akan kejayannya meragut wanita tersebut. Amir menunggang laju motosikalnya. “Aneh, kenapa kali ini aku ditugaskan seorang sahaja?” persoalan tersebut bermain di benaknya. Angin yang menentang arah tidak sama sekali diendahkannya. Dia meredah kedinginan malam. Sasarannya sudah kelihatan. Jantungnya berdesir. Ada setitis embun dingin menitis di kalbunya. Semakin dekat. Debaran juga makin terasa.

~I’m sitting here in a boring room. It’s just another rainy Sunday afternoon. I’m wasting my time I got nothing to do.~

Telefon bimbitnya berbunyi. Nada dering tersebut mengganggu konsentrasinya. Namun, dia terpaksa akur. Ternyata, ibunya yang menelefon. “Amir di mana, nak?” “Rumah kawan, sekejap lagi Amir baliklah!” bentaknya. “Ibu baru dapat gaji bulan ini, balik cepat ya.” Amir mematikan talian.

Kini sasarannya benar-benar di hadapannya. “Peluang emas!” bisik hati kecilnya. Nawaitu materialistiknya menyebabkan Amir pantas meragut tas tangan wanita tersebut. “ Yes!” sorak Amir. Kereta yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan telah melanggar wanita itu. “Ah, peduli apa aku!” meskipun hatinya mengingkari tetapi matanya melirik sekilas melihat mangsa ragutnya. raut wajah yang samara-samar itu seperti dikenalinya. Tidak salah lagi, senario yang berlaku sebentar tadi melibatkan ibunya.

Air mata kelelakian Amir berderai jatuh ke pipi. Didakapnya tubuh lemah yang terbaring di atas jalan. Tanpa sempat ibunya berkata apa-apa Amir segera menjelaskan segala-galanya kepada ibunya termasuklah persekolahannya yang terbantut sejak enam bulan yang lalu. Kata-kata Hamka menerawang masuk ke fikirannya iaitu “Katakanlah yang benar walaupun pahit.” Ibu Amir menitiskan air mata kesesalan. Dia terlalu sibuk dengan keluarga barunya hingga mengabaikan Amir dan Izrul. “Amir janji dengan ibu, dengar cakap Pak Cik, sambung belajar, belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya...” kata-kata itu terputus. Puan Saleha menghembuskan nafasnya yang terakhir. “Ibu!!!!!!!!!!!” Amir menjerit. Namun jeritannya itu tidak mampu memutarkan kembali masa. Ibunya sudah pergi. Pergi yang tidak mungkin akan kembali. “Ya Allah, kenapa harus dia??” Hatinya penuh sesalan. Amir ingin membuat anjakan paradigma. Amir berjanji untuk menunaikan permintaan terakhir ibunya supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Friday, June 4, 2010

Motivasi: 10 Ciri-ciri Lelaki Soleh

Kaum lelaki diciptakan oleh Tuhan utk mendirikan sebuah keluarga yang harmoni. Tanpa sifat soleh, keharmonian itu tidak akan wujud sama sekali. Begitu juga dengan kaum perempuan. Hari ini saya menulis entry tentang ciri2 lelaki soleh. So, read and rewind..

1. Sentiasa taat kpd Allah dan Rasulullah..plg penting sekali.
2. Mempunyai motif hidup iaitu JIHAD FISABILILLAH.
3. Bercita-cita utk mati syahid.
4. Sabar dan tabah menghadapi ujian dari Tuhan, bukannyer mempersoalkan takdir dsb.
5. Setiap amalan disertai keikhlasan.
6. Tujuan utama hidup untuk berkampung di akhirat.
7. Paling takut kepada Allah.
8. Selalu memohon ampun atas sumer dosa-dosanya.
9. Zuhud dgn dunia tapi x meninggalkannya.
10. Hobinya...solat malam.

Wednesday, June 2, 2010

Fesyen Remaja: Songkok Fesyen Remaja Kini

Okay, kali ini saya cuba menyingkap isu penggunaan songkok yang ketara dalam kalangan remaja lelaki. Songkok memang merupakan pakaian tradisi orang melayu yang juga berkait rapat dengan islam. Memanglah dalam islam tiada istilah songkok atau apa2 yg mewajibkan memakai songkok, tetapi pada kebiasaannya songkok dipakai ke surau, masjid @ majlis2 keagamaan seperti kenduri dsb.

Namun nmpknya kini songkok telah disalahgunakan dalam mengejar arus kemodenan. Sebut sahaja tentang moden, pasti semua orang suka. Tapi kemodenan yg cuba dibawa ini pada pandangan saya bagaikan satu penghinaan terhadap adat melayu dan sedikit sebanyak menjejaskan agama islam. Songkok yang dulunya dibawa ke masjid kini telah dibawa ke atas pentas dengan iringan lagu2 ROCK. Hah, dasyat! Dipadankan pula dengan pakaian yang menampakkan pusat sekali sekala. Apa ya sebenarnya tujuan buat benda2 seperti ini? Untuk mengangkat martabat melayu? Atau mempromosikan baju melayu trend terbaru? Wallahu'alam.

Songkok bukanlah pakaian yang sesuai untuk dibawa ke atas pentas sekiranya bukan untuk tujuan dakwah. Sambil nyanyi lagu2 yang melalaikan dengan songkok atas kepala, what's the point? Harap2 semua kaum muslimin di luar sana tidak menyalah gunakan songkok sebagai trend remaja songsang masa kini. Maaf kalau entry ini menyakiti hati sesiapa but sharing is caring.. Cuba sahaja lihat para muslimin di luar sana, kan indah memakai songkok dengan tujuan yang betul. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua. Ameen.