Pages

Sunday, May 24, 2009

Cerpen: Panggilan-Mu Untuknya

Cerpen ini dihasilkan sewaktu saya masih kecil. Sengaja saya paparkan untuk anda. Jadi, terimalah. PanggilanMu Untuknya...

“Wawa, sinilah!,” terdengar jeritan Syaira memanggilku. Syaira berkawan rapat denganku sejak kecil lagi. Aku menuju ke arah Syaira.
“Ada apa?,” soalku.
“Nak pinjam 50 sen.”
Aku menjawab, “Awak selalu pinjam duit dari saya. Kenapa awak boros sangat?”
“Nak buat macam mana? Perut ni yang bergoncang … lapar ni, cepatlah!,” katanya.
Aku menyerahkan 50 sen kepadanya. “Saya pergi tempat biasa dulu."Aku selalu tidak makan pada waktu rehat kerana tiada selera. Aku, Syaira, Zati, Mona, Fazrin, Akmal, Adam dan Lutfi selalu berkumpul di hujung padang sekolah selepas rehat untuk membincangkan jenayah di sekolah. Kami semua adalah pengawas dan menubuhkan kumpulan menentang jenayah dipanggil ‘The Crimebuster’. Tetapi, kumpulan kami hanya dikenali di kelas sahaja.
Syaira yang merancang untuk menubuhkan kelab ini. Dia memilih aku, Zati dan Mona kerana kami adalah sahabat karibnya dan Fazrin, Akmal, Adam serta Lutfi kerana hanya merekalah yang menjadi pengawas di kalangan jejaka-jejaka di kelas kami. Syaira selalu melaporkan jenayah yang berlaku di sekolah. Zati dan Mona pandai menyelesaikan masalah-masalah teersebut. Fazrin merupakan penolong ketua pengawas sekolah kami. Akmal lurus bendul orangnya. Adam suka mengajek orang. Aku tidak tahu bagaimana dia dipilih menjadi pengawas. Mungkin kerana dia comel bagaikan seorang kanak- kanak. Lutfi pula selalu membuat lawak dan menghiburkan kami. Aku pula selalu bertindak dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. “
Wawa, kenapa termenung? Gelak-gelak pula,” satu suara kedengaran. Fazrin muncul di sebelahku.
“Tak ada apa-apalah, mana yang lain?”aku membalas.
Tiba-tiba Syaira menjerit, “Woi, buat apa? Mana yang lain?”. Syaira seperti tidak menyukai aku rapat dengan Fazrin yang tinggi dan berwibawa itu.
“Akmal, Adam dan Lutfi ada hal sikit. Mereka sedang menyiapakan kerja sekolah,” kata Fazrin.
“Zati dan Mona pun buat kerja sekolah,” kata Syaira.
“Rasanya hari ini tidak ada kes. Kita pergi ke perpustakaan nak?,” kataku.
Fazrin menjawab, “Eloklah tu, ilmu pengetahuan asas kejayaan”.
Syaira berkata, “Yalah, jomlah”.

Di perpustakaan, Syaira meminta diri untuk keluar sebentar. Aku hairan kerana Syaira seperti ingin berjumpa dengan seseorang. Tiba-tiba, Syaira masuk sambil menangis. Aku bertanya akan masalahnya. “Aku putus dengan B,” katanya.
“Oh, masalah lelaki….” bisikku dalam hati. “Syaira, dah berapa kali saya cakap…,” Percakapanku itu dipintas oleh Syaira. “Diamlah Wawa!” Fazrin yang sedang khusyuk membaca tersentak. Syaira menolak kerusi yang didudukinya dengan kuat ke arahku tanda geram. Dia bingkas meninggalkan perpustakaan. Aku terjatuh. Aku berasa sangat kecewa atas perbuatannya.
Hati aku berdoa, “Ya Allah, tolonglah sedarkan Syaira!” Fazrin segera membantuku bangun. Dia bertanya mengenai Syaira. “Entah,” itulah jawapan yang keluar dari mulutku. Aku mengucapkan terima kasih kepad Fazrin. Di kelas, aku tidak bertegur sapa dengan Syaira. Aku mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada Syaira supaya supaya rajuknya tidak berterusan. Tidak lama kemudian, kami berbaik semula. Aku mengajak ahli The Crimebuster untuk mengulangkaji di rumahku petang nanti. Mereka semua bersetuju. Lebih kurang pada pukul 3 petang, aku terdengar salam yang diberikan oleh Fazrin dan Akmal.
“Assalamualaikum, Wawa!” “Assalamualaikum Wawa!” Aku menjawab salam dan menuju ke pintu. “Wawa, saya belikan teddy bear untuk awak, ambillah…,” kata Fazrin. “Err…err….saya pun belikan untuk teddy bear yang lagi besar untuk awak,” kata Akmal. “Buat susah saja,” kataku. “Dua-duanya cantik, tetapi aku sudah besar. Tidak perlu lagi belikan untukku,” hatiku berkata. “Sudahlah, kamu berdua ini asyik berebut bagi Wawa hadiah. Suka dekat Wawa ya?,” kata Adam. “ mana ada!” kata Fazrin dan Akmal serentak.
Tiba-tiba, Lutfi dan Syaira muncul. “Wawa, saya belikan teddy bear untuk awak,” kata Lutfi. Fazrin dan Akmal tergamam apabila melihat teddy bear Lutfi lebih besar dari mereka. Aku tergelak. “Baiklah, saya ambil ketiga-tiganya,” kataku. “Terima kasih”.

Syaira seakan menjeling-jeling ke arahku. Aku masuk ke dalam untuk menyimpan hadiah yang diberikan mereka kemudian keluar semula. Beberapa minit kemudian, Zati dan Mona tiba. Kami mula mengulangkaji bersama. Setelah penat mengulangkaji, aku bangun untuk membuatkan jus oren untuk rakan-rakanku. Tiba-tiba, aku tersadung akibat terlanggar kaki Syaira. “Ops, minta maaf Wawa…aku tidak sengaja,” kata Syaira. Suara Syaira kelihatan seolah-olah perbuatan tadi disengajakan. Zati, Mona dan adam tergelak seperti telah berlaku sesuatu perkara yang lucu. Pada ketika itu, aku benar-benar sedih dan terasa seperti dipermainkan Syaira. “Kamu tidak cedera, Wa?” tanya Fazrin. “Tidaklah,” kataku sambil bangun. Aku berlalu pergi ke dapur dengan perasaan sedih.
Beberapa hari telah berlalu. Hari ini ulangtahun kelahiranku yang ke-12. Ibu mengadakan sebuah majlis ulangtahun kelahiran di rumahku. Fazrin tiba di pintu rumah. Dia memberikan aku sebuah kotak yang dibalut rapi dan kemas. Ketika Fazrin ingin pergi ke arah rakan-rakan yang lain, aku memanggilnya. “Fazrin,…terima kasih.” Aku tidak tahu kenapa hatiku berasa sangat gembira apabila menerima hadiah dari Fazrin. Aku terlihat kelibat Zati dan Mona. Aku menuju ke arah mereka. “ Zati, Syaira mana?” “ Syaira…Syaira kemalangan. Dia sudah meninggal dunia…,” katanya. Ketika itu, air mata mengalir ke pipiku. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang telah diterima. “Zati mesti bergurau,”kataku sedih. “Tidak”. Aku terduduk hiba. Perasaanku begitu sebak sekali setelah rakan karib aku pergi….pergi yang tidak akan kembali. Pergi untuk selamanya. Ya Allah, kenapa Engkau memanggilnya pada saat yang tidak kuduga? Aku tahu aku akan dapat mencari jawapan untuk semua persoalan ini...

2 comments: