Puisi: Cinta Kekayaan



Solusi dicari pengubat lara
Setiap langkah diatur sempurna
Tatkala gugurnya iman
Lantas terlepas peluang untuk ke sana

Sebuah tempat yang menjanji keindahan
Kegembiraan yang tiada kesedihan
Sebuah tempat yang bergelar syurga

Kekayaan dipuja
Wajah ditoleh dari agama Allah
Kerana semuanya tidak percaya
Islam itu agama yang lurus

Kelazatan duniawi di posisi utama
Menjadi penyelesaian semuanya
Nawaitu materialisme raja penguasa
Terlepas sudah keindahan abadi
Di syurga-Nya nanti

Comments

Post a Comment